Collapsible content

Hadiah

Jumlah 31 hadiah-hadiah yang boleh dimenangi

1x Jokong Emas 0.1g,
1x Botol Air Montigo,
3x Sweetsbox Munchbox dan
26x Sweetsbox baucer bernilai RM5.

Tempoh

Tempoh pertandingan daripadaOgos 2025 hingga 10 September 2025

Pemenang akan diumumkan pada 17 Semtember 2025






Bagaimana

Pembelian minimum RM10 dan ke atas di mana-mana cawangan atau secara dalam talian di dalam satu resit, teka berat gummy di dalam gambar dan isi di borang pada laman ini.

Beli sekarang jika anda masih belum buat pembelian.

TERMA DAN SYARAT

TERMA DAN SYARAT

A. PENGANJUR

Peraduan ini dianjurkan oleh Mybakingmart Sdn Bhd (“Penganjur”) dengan kerjasama Sweetsbox Malaysia.

Peraduan Sweetsbox Teka dan Menang (“Peraduan”) akan berlangsung dari jam 0:00:00 pagi pada 11 Ogos 2025 hingga jam 23:59:59 malam pada 10 September 2025 (“Tempoh Peraduan”). Semua penyertaan yang diterima selepas Tempoh Peraduan tidak akan dilayan. Penganjur berhak, mengikut budi bicara mutlaknya, untuk mengubah, menangguh, menjadual semula, melanjutkan dan/atau membatalkan Peraduan pada bila-bila masa tanpa notis awal.

B. KELAYAKAN PENYERTAAN

Peraduan ini terbuka kepada semua Warganegara Malaysia berumur 17 tahun ke atas dengan dokumen pengenalan yang sah (contohnya: kad pengenalan).

Pemegang saham, pengarah, pegawai, kakitangan Penganjur dan Penaja Hadiah termasuk syarikat berkaitan/bersekutu serta ahli keluarga terdekat mereka (pasangan, anak, ibu bapa, adik-beradik) dan/atau wakil, pekerja dan/atau kakitangan mana-mana agensi yang berkaitan tidak layak menyertai.

C. KRITERIA PENYERTAAN

Membeli produk bernilai minimum RM10 dan ke atas dalam satu resit di mana-mana cawangan Sweetsbox atau di atas talian . Simpan resit asal dan slip transaksi untuk tujuan pengesahan. Penyertaan berganda dibenarkan tetapi setiap peserta hanya boleh memenangi satu hadiah sahaja.

Pelanggan perlu mengimbas Kod QR yang diberi dan meneka jawapan di website dengan maklumat berikut:

Nama Penuh

Nombor Kad Pengenalan

Alamat Emel

Nombor Telefon

Butiran Pembelian

Lengkapkan borang dan hantar.

Maklumat atau jawapan yang tidak lengkap, tidak tepat dan/atau salah akan dibatalkan.

Penyertaan lewat atau tidak sah tidak akan diterima. Rayuan tidak akan dilayan.

Pembelian yang dibatalkan atau dipulangkan tidak sah untuk penyertaan, mengikut budi bicara mutlak Penganjur.

D. PEMILIHAN PEMENANG

Pemenang akan dipilih melalui tekaan yang tepat atau paling hampir daripada jawapan yang sebenar, ini akan disemak dan pilih oleh Penganjur. Pemenang yang dipilih akan dimaklumkan melalui nombor telefon yang diberikan. Penganjur berhak mengubah, menangguh atau menukar tarikh cabutan dan pengumuman tanpa notis awal.

Jika pemenang tidak dapat dihubungi selepas tiga (3) percubaan (contoh: tiada jawapan, nombor tidak aktif, tiada rangkaian, dsb.), hadiah akan dilucutkan. Penganjur tidak bertanggungjawab sekiranya pemenang gagal dihubungi. Penganjur berhak memilih pemenang gantian di bawah syarat yang sama. Semua perbualan telefon boleh dipantau dan dirakam.

Setiap peserta hanya boleh memenangi satu (1) hadiah sahaja sepanjang Tempoh Peraduan tanpa mengira bilangan penyertaan.

Penganjur akan memaklumkan pemenang tidak lewat daripada 3 bulan selepas tamat Tempoh Peraduan dan akan mengumumkan nama pemenang di laman web rasmi.

Semua keputusan Penganjur berkaitan Peraduan adalah muktamad. Sebarang rayuan atau pertanyaan tidak akan dilayan.

Kaedah pemilihan hadiah: hadiah utama, hadiah kedua, hadiah ketiga dan hadiah saguhati akan ditentukan berdasarkan pembahagian jumlah penyertaan seperti diterangkan dalam dokumen asal.

E. HADIAH

Hadiah bagi Peraduan ini adalah:

Hadiah Utama:

Hadiah Pertama:

Hadiah Saguhati:

Tiada penggantian, pertukaran atau pengubahsuaian hadiah oleh peserta dibenarkan.

Penganjur berhak menggantikan hadiah dengan item lain yang sama nilai tanpa notis awal.

F. PENEBUSAN HADIAH

Hadiah tertakluk kepada terma dan syarat pembekal. Penganjur tidak bertanggungjawab atas kelewatan, perubahan atau masalah yang timbul daripada pihak ketiga.

Pemenang mesti menebus hadiah dalam tempoh SATU (1) bulan dari tarikh notifikasi. Jika gagal, hadiah akan dilucutkan tanpa ganti rugi.

Kad Pengenalan/Passport asal mesti ditunjukkan semasa penebusan. Pemenang hadiah utama, pertama, kedua dan ketiga wajib hadir ke majlis penyampaian hadiah. Hadiah saguhati akan dihantar melalui kurier.

Hadiah tidak boleh dipindah milik, tidak boleh ditukar ganti dengan wang tunai dan tidak boleh dikembalikan.

Penganjur tidak bertanggungjawab atas kerosakan hadiah semasa penghantaran. Sebarang kos tambahan (contoh: kos perjalanan) ditanggung oleh pemenang.

Penganjur berhak menangguh tarikh dan tempat penebusan jika berlaku keadaan tidak dijangka.

Gambar hadiah dalam promosi hanya untuk tujuan ilustrasi.

Penebusan hadiah tertakluk pada ketersediaan dan akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

G. TERMA AM

Dengan menyertai Peraduan ini, peserta bersetuju untuk melepaskan Penganjur dan pihak berkaitan daripada sebarang liabiliti atau tuntutan akibat penyertaan, penerimaan atau penggunaan hadiah.

Penyertaan bermakna peserta bersetuju sepenuhnya dengan semua terma dan syarat termasuk sebarang pindaan yang dibuat Penganjur.

Penganjur tidak memberikan sebarang jaminan berkaitan hadiah selain yang dinyatakan.

Penganjur berhak meminda atau membatalkan Peraduan tanpa notis awal.

Penganjur tidak bertanggungjawab atas kelewatan, kehilangan atau penyertaan tidak sah.

Penganjur berhak membatalkan penyertaan palsu atau meragukan.

Penganjur tidak bertanggungjawab atas sebarang cukai hadiah.

Pemenang bersetuju untuk gambar/video mereka digunakan bagi tujuan pemasaran tanpa bayaran.

Keputusan Penganjur adalah muktamad.

Sekiranya terdapat percanggahan tafsiran, versi Bahasa Inggeris akan diguna pakai.

Terma ini ditadbir oleh undang-undang Malaysia.

H. NOTIS PRIVASI

Dengan menyertai Peraduan, peserta memberi kebenaran kepada Penganjur untuk mengumpul, menyimpan dan memproses data peribadi untuk tujuan peraduan.

Penganjur boleh menggunakan pihak ketiga termasuk P&G untuk memproses data peribadi.

Peserta memberi kebenaran kepada Penganjur atau P&G untuk mendapatkan data peribadi daripada bank peserta bagi tujuan pengesahan pemenang.

Di bawah undang-undang Malaysia, peserta mempunyai hak untuk:

a. Menarik balik kebenaran penggunaan data peribadi.

b. Meminta salinan data peribadi yang disimpan.

c. Membetulkan data peribadi yang tidak tepat.

Pengisytiharan: Dengan penyertaan dalam Peraduan ini, saya memahami bahawa maklumat peribadi saya akan diproses untuk tujuan Peraduan dan digunakan sebagaimana yang diterangkan di atas.

test heading

Your order has been received and is being processed. You'll receive a confirmation email shortly.